Assalamualaikum...
Semalam ada baca kat surat khabar...arinie aku nak share something about someone yg selalu ada dengan kita selain family iaitu sahabat...sebagai remaja banyak masa kita spend ngan kengkawan kan? masa remaja nie mmg kita akan banyak terpengaruh ngan semua benda sama ada benda baik atau buruk...so, kita kenalah pandai pilih kawan...nak pilih kawan pown kena yg betul2...
Imam Ghazali ada menyatakan dalam kitab Hidayatul Salikin :
'Jika seseorang itu ingin memilih seseorang yg lain untuk dijadikan sahabatnya maka pilihlah dengan lima syarat iaitu:
Orang yg berakal: Apabila kita berkawan dengan orang yg jahil ianya akan sentiasa menimbulkan persengketaan, perselisihan dan kurang senang di antara kedua-dua pihak.
Cantik peribadi dan akhlaknya: Kita hendaklah menghindarkan diri daripada bersahabat dengan orang yg tidak elok peribadi dak akhlaknya kerana ianya akan mempengaruhi kita ke arah perilaku yg tidak baik.
Orang yg soleh: Janganlah sesekali kita berkawan dengan orang yg fasik kerana mereka sentiasa menzalimi dan mengekalkan dosa yg besar dan kecil.
Jangan berkawan dengan orang yg terlalu cinta kepada dunia: Melakukan sesuatu perkara yg bertentangan dengan suruhan Allah sehingga meletakkan cinta kepada dunia lebih tinggi dari cinta Allah.
Orang yg benar percakapannya: Jauhilah diri kita daripada berkawan dengan orang yg gemar berdusta. Ini kerana orang yg sentiasa berdustaini tidak lain hanyalah menipu dirinya sendiri sedangkan dia tidak menyedarinya.
Macam mana? adakah korang mempunyai sahabat2 yg mempunyai ciri2 di atas? kadang2 benda macam nie kita amik ringan aje...nak pilih kawan pown kena ada ciri2nya...kalau macam tuh takde sape larh yg nak kawan dengan budak2 nakal tuh kan...kalau kita kawan dengan budak nakal tapi sikit2 ada ciri kat atas tuh, okay jugak kan...ramai aje budak pandai tapi nakal...semua orang tak sempurna...yg penting kita pandai jaga diri...janganlah bila kawan kita buat jahat, kita pown kena ikut jugak dia buat jahat...
Al-Qamah pula pernah berpesan kepada anaknya:
'Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yg sifatnya seperti berikut:
~ Pilihlah sahabat yg suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
~ Pilihlah seorang sahabat yg apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yg ada padamu, dia suka menyebutnya.
~ Pilihlah sahabat yg jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Aku sendiri mengaku aku bukanlah seorang sahabat yg baik pown...banyak kekurangan pada diri...tapi aku cuba jadi kawan yg terbaik...selalu ada bila diorang perlu...dengar masalah diorang...tak kira waktu susah atau gembira...
Cara Rasulullah SAW bersahabat:
~ Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.
~ Apabila berpisah dengan seseorang Baginda mendoakan sahabat itu tanpa pengetahuannya.
~ Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.
~ Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
~ Amalan ziarah-menziarahi.
~ Memberi hadiah.
~ Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan.
Sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana memberi aku peluang untuk mengenali dan mempunyai sahabat2 yg baik, pandai, solehah2 semuanya...walaupown kami ada banyak kekurangan tapi kekurangan tulah yg melengkapkan kami semua...biarlah apa orang nak kata pasal kami, yg penting kami tahu kelebihan dan kekurangan masing-masing...
thanks guys...terlalu banyak nama nak disebut...you know who you are=D
| My girlfrens now...<3 them! |
| My bestfrens sejak sekolah rendah...<3 u guys! |
kansahamnida >_<

