Sunday, 13 October 2013

Bagaimana terjadinya sedu?

Assalamualaikum...hye2

Bermulalah sebuah cerita dimana member aku sorang nie asyik tersedu aje...banyak kali dan tanpa henti...kami pown bantai gelak2kan die...hehehe...selalunya kalau orang sedu nie mesti kita akan suruh dia minum air banyak2 kan? tapi kat member aku nie x jalan...banyak daa air die minum...tak hilang2 jugak...datang pulak sorang member terkejut kan die...mmg die terkejut then sedu balik...hahaha...kelakar sunggoh...

So, back to our topic...how's hiccup actually happen? Let's read...

Sedu boleh dihidapi oleh individu pada semua peringkat umur termasuk bayi...tak kira anda tua, muda, kanak2, remaja tak terlepas...jangan pikir korang terlepas ek...bayi pown boleh kena? hmmm...
Sedu yang berterusan dan sukar dikawal jarang berlaku tetapi kebiasaannya disebabkan oleh keadaan kesihatan lain yg menjadi punca. Sedu hanya berlangsung selama berberapa minit dan rawatan biasanya tidak diperlukan melainkan jika ia berlarutan melebihi 48 jam...kalau korang daa kena sampai satu or dua hari tanpa henti better bawak jumpa doktor larh kan... :)

Nie gambar diafragma...tahu kan diafragma tuh apa? tahu bagus...XD
sorry kalau gambar tak jelas sangat


Apabila kita menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam peparu. Apabila kita menghembus nafas, diafragma menolak udara keluar daripada peparu.
Tetapi adakalanya diafragma terganggu dan bila perkara nie berlaku, ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yg tersentap. Akibatnya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut. Bila udara yg berpusu-pusu masuk melanggar kotak korda suara kita maka terhasillah bunyi bunyi 'hik hik' yg selalu terkeluar tuh kan...
Imbasan ultrasound membuktikan bahawa bayi 2 bulan di dalam kandungan jugak tersedu walaupun sebelum munculnya sebarang pergerakan pernafasan.
Sedu boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti menelan terlalu banyak udara, makan secara gelojoh, berasa bimbang atau teruja, merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan.
Adalah TIDAK BENAR tanggapan yg mengatakan sedu boleh dihilangkan dengan cara menakutkan atau mengejutkan seseorang tuh. halamak, tuh bukan cara yg baik...buatnya dia terkejut betul2 and kena heart attack ke?? so, jangan terkejutkan someone tuh larh ye...for their safety... :)

Cara yg betul hilangkan sedu

!) Menahan nafas dan mengira perlahan-lahan sehingga angka 10, segera minum segelas air

2) Bernafas dalam beg kertas

3) Menelan satu sudu gula pasir

4) Memicit hidung dan menekup mulut, hembuskan udara dari peparu sekuat hati


Cara 4 tuh cara yg diperkenalkan oleh seorang doktor...yg lain2 tuh cubalah try test sendiri...mmg tak pernah try makan satu sudu gula...mahunya kena kencing manis kan?hahaha...selalunya kita guna cara pertama...sebab lebih mudah dan mmg lepas tuh akan hilanglah...

Kalau cara2 diatas tak jalan jugak beter kita jumpa doktor aje...manalah tahu kowt ada masalah lain pulak timbul...kowt ada kena mengena ngan jantung...who knows right? but hopefully takde larh sampai camtuh...

*the info was from internet of coz and some from DR ZUBAIDI HJ AHMAD'S BLOG


THANKS FOR READING!! 





No comments:

Post a Comment