Mimpi boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu al-ru'ya al-shalihah, al-hulm dan adhghatsul ahlam.
Sabda Nabi SAW :
" Mimpi itu ada tiga jenis iaitu mimpi daripada Allah, mimpi untuk menyusahkan hati yg datang daripada gangguan syaitan dan mimpi yg dirasakan dalam hatinya semasa di sedar, lalu datang kepadanya ketika tidur "
1) Al-ru'ya al-shalihah (mimpi yg benar)
Mimpi ini dijalankan melalui malaikat. Dalam mimpi ini tiada penyesatan, yg ada hanyalah kebaikan. Mimpi inilah yg dimaksudkan dalam hadis Rasullullah SAW :
" Mimpi seorang mukmin merupakan sebahagian daripada 46 bahagian kenabian " [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
2) Al-hulm (mimpi dari syaitan)
Syaitan mendatangi seseorang dalam mimpinya bermaksud menakutkan seseorang. Biasanya, mimpi yg batil ialah mimpi yg tidak dapat diingat jalan ceritanya. Mimpi seperti itu menimpa seseorang yg tidur tanpa mengamalkan wirid-wirid yg diajarkan Rasulullah SAW seperti ayat kursi, surah al-ikhlas, surah al-falaq dan surah al-nas.
3) Adghatsul ahlam (mimpi yg hadir sebab pemerhatian semasa sedar)
Mimpi ini dialami oleh seseorang dalam tidur sebagai cerminan keinginan atau apa yg terjadi kepada dirinya ketika sedar. Mimpi seperti ini tidak ada hukumnya. Contoh, situasi rakan kita terjatuh longkang. ' Eh, nie macam dalam mimpi aku semalam je'
Ibn Jarir al-Tabari menjelaskan, seseorang yg mencontohi peribadi para sahabat seperti Saidina Abu Bakar al-Siddiq yg menjaga wuduk dengan sempurna, sabar menghadapi kesukaran dan rajin menunggu solat selepas tamat sesuatu solat dikerjakan, maka dia akan mendapat mimpi yg benar.
Amer Ibn Abdil Bar menjelaskan pula, orang yg ikhlas dalam amalannya, jujur dalam berkata-kata, amanah terhadap tanggungjawabnya dan berkeyakinan tinggi terhadap Allah akan mendapat anugerah mimpi yg baik.
Rasulullah SAW bersabda :
" Bila salah seorang kamu melihat sesuatu yg dibencinya dalam mimpi, hendaklah dia bangkit dari tidurnya (untuk berwuduk) lalu mengerjakan solat"
#JustSharing (:

.jpg)
No comments:
Post a Comment